Jumaat, 26 September 2008

Selamat Hari Raya Aidifitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Di hari mulia hari raya
ku pohon kemaafan 
dari jauh di kampung Ampang Tasek
semoga engkau mendengarnya
dan terus bahagia
bersama keluarga
yang tercinta

Hari ini hari mulia
aku masih teringat padamu
segala kenangan lalu
sewaktu bersama
telah engkau tinggalkan
bersamaku begitu banyak
keindahan kota

Aku rindukan daerah hijau
kecilku yang dulu
batas bendang
burung-burung pagi
berlari dalam letupan
mercun dan bunga api.

Puisi ini hasil nukilan saudara Gopa yang ditujukan khas kepada saya sempena menyambut Aidilfitri tahun ini. Mulai esok saya akan bercuti selama seminggu dan ini bermakna blogs inipun turut sama bercuti. Saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf, Zahir Batin kepada semua yang mengunjungi blogsku ini.

Khamis, 25 September 2008

Kenangan Raya Versi Banjar


Bahari tu litrik kadida lagik. Kada batalibisin. Radio gin makan bitri basah cap kucing, ampat sagi. Macam wayahni la jua, balagu raya, Saloma, P. Ramlee, Ahmad Jais bagantian banyanyi lagu raya. Kami ni sibuk pang manabas halaman, bagunting rambut, manukar baju hanyar macam urang ngai jua.

Baju cap 007 kasut betel plastik. Salawar tu bilng lundih di bawah pusat, katat pulang tu. Musimnya kaitu. Balah malamnyak tulak ke surau, sembahyang tarawih  nyak setumat jua, main marcun banarai yang labih. Yang taganal tu, baulah mariam buluh. Kakanakan damini kada suah mandangar marcun kada sarantian macam bahari.

Halaman tu mun kada ada bakas marcun, kada bakakanakan la rumah tu. Kami balawan tabal bakas marcun. Ading yang haloi main mariam cuntang. Tanah ditabuk hagan maise kat wan sikit banyu, imbah tu tudungi wan cuntang, imbah tu cucuh, napang malacung cuntang tu naik ke atas. Bahari kada suah tadangar urang putus tangan main mariam buluh.

Uma wan kakak di rumah sibuk babanam bahulu, arom baunya, guriakan parut, puasa kada tinggal. Pantang kina ada haja yang bajual es buku pakai habok papan di kadai. oreng, sarsi, lici, cendol dan macam-macam pang jualan. 

Malam, semua rumah badamaran, yang tabisa sikit tumaulah damaran bintang digantung di ambin. Balawan babanyakan damaran pang. Mun kadida damaran, kada sah.

Bah, malam itu imbah haja radio madahkan raya, galaduaian mariam wan marcun. Yang main bunga api gin di batas bilang haja ah lagi. Kad raya yang bergirapan digantung di dinding. Malam tu kakak malubi baju pakai harang pang, baju tu bakanji, mancarungit sait. Adoi! luka jar kawanan mahuluti. Asa kada mau taguring pang malam tu mahadangi subuh.

Yes!! esok raya!!...

Rabu, 24 September 2008

Rumah Pusaka di Aidilfitri


Foto keluarga pada awal tahun 70an.


Rumah Pusaka di Aidilfiri

Aidilfiri akan menjelma lagi
namum rumah ini sunyi dan sepi
kemeriahan telah berlalu pergi
perginya belum pasti kembali lagi
kita membesar di rumah ini...
kita bermain di rumah ini...
kita bergurau senda di rumah ini
namun itu hanya tinggal memori
memori yang sukar dilupai
namun aku masih lagi di sini
meniti hari-hari yang tidak pasti
terlanjur bicara diantara kami
jangan disimpan di dalam hati
semoga aidifitri ini
menyatukan kita kembali
di rumah pusaka ini
akhir sekali
ku ucapkan selamat aidilfitri
semoga kalian diberkati.

Nukilan ini dihasil oleh isteri ZulDean, selepas beberapa tahun arwah bapanya meninggal dunia.

Selasa, 23 September 2008

Bahasa Dan Masyarakat

Ditahan kerana MASALAH BAHASA
(Majalah Dewan Bahasa - April 2007)

Perkara yang perlu diberikan perhatian jika seseorang itu mahu melancung selain maklumat tentang negara yang ingin dilancung, antaranya termasuklah kewangan, kesihatan, keselamatan dan bahasa. Seseorang itu perlu membuat persediaan yang rapi berkaitan perkara yang dinyatakan supaya pelancungan tersebut bukan sahaja berlangsung seperti dirancang, malah turut mengukir kenangan manis yang tidak mungkin dapat dilupakan. Sebaliknya jika perkara yang dinyatakan tidak diberi perhatian dan dibuat persediaan, maka hal ini akan menimbulkan masalah.

Dalam konteks pelancungan, bahasa memainkan peranan yang penting dalam komunikasi. Begitu juga dengan pemahaman terhadap budaya masyarakat negara yang dilancung. Seseorang yang ingin melancung ke luar negara, setidak-tidaknya pasti membuat persediaan tentang budaya dan bahasa negara yang akan dilancungnya dengan menyediakan bahan rujukan seperti kamus, nota, peta, risalah dan lain-lain, untuk memudahkannya berkomunikasi.

Umum mengatahui bahawa bahasa Inggeris merupakan salah satu daripada bahasa antarabangsa yang menjadi sarana komunikasi penting yang boleh dikuasai oleh kebanyakan masyarakat dunia. Namun, bagaimana halnya jikalau seseorang yang ingin melancung ke luar negara itu tidak menguasai bahasa Inggeris? Adakah hal ini tidak memberikan apa-apa kesan atau sebaliknya?

ZulDean minat melancung kerana ingin melihat dan menyelami budaya dan kehidupan masyarakat lain, keadaan cuaca, tumbuhan dan perbezaan masa yang tidak sama dengan Malaysia. Semua itu ialah pengalaman yang sangat bernilai yang boleh memberikan keinsafan tentang kebesaran Tuhan Yang Maha Esa. Sebagai seorang Pereka Grafik yang bertugai di sebuah syarikat penerbitan, pengalaman yang dikutip melalui kegiatan melancung boleh dimanafaatkan dalam perkembangan kerjaya beliau.

ZulDean mengakui bahawa beliau tidak mahir berbahasa Inggeris. Sungguhpun demikian, sehingga kini, beliau telah melancung ke sembilan buah negara, Beijing (China), Busan (Korea), Brisbane dan Perth (Australia), Ho Chin Minh (Vietnam), Doha (Qatar), Cairo(Egypt), Bangkok(Thailand), Manila (Filipina) dan Padang (Indonesia).

ZulDean mmengakui bahawa seseorang yang suka melancung perlu tahu berbahasa Inggeris. Jikalau tidak, perjalanan yang sepatutnya lancar menjadi sebaliknya. ZulDean menceritakan pengalaman belaiu ketika melancung ke Beijing pada tahun 2001. Disebabkan oleh masalah bahasa , dia terkandas di kuanter imigresen di sana.

"Pegawai yang bertugas mengarahkan saya keluar. "Out... out!", arah pegawai tersebut kepada saya. Saya terpinga-pinga. Saya mula risau. Saya fikir, mungkin saya dihantar balik ke Malaysia. Pegawai tersebut pun tidak tahu berbahasa Inggeris. Nasib baik kawan saya datang membantu menyelesaikan masalah salah faham komunikasi yang berlaku antara saya dengan pegawai tersebut. Rupa-rupanya saya tidak mengisi borang tersebut, tetapi tidak mengisi maklumat yang diperlukan kerana tidak faham dengan bahasa yang digunakan."

ZulDean melalui pengalaman yang hampir sama ketika melancung ke Brisbane pada tahun 2003. Dia ditahan selama setengah jam di Lapangan Terbang Brisbane kerana disangka pendatang asing yang menyeludup masuk untuk berkerja di Negara Kanggaru itu.

"Pegawai tersebut bertanya saya dalam bahasa Inggeris. Saya jawab dalam bahasa Inggeris pasar. Dia mungkin tidak faham. Tambahan pula, saya bercakap dalam keadaan gagap. Itulah yang membuat saya "tersangkut" sehingga setengah jam. Berpeluh juga saya," cerita ZulDean sambil ketawa, menceritakan detik-detik cemas beliau. Masalah tersebut mungkin dapat diatasi segera jika ZulDean dapat menjelaskan tujuan beliau ke Brisbane kepada pegawai tersebut.

Masalah yang sama juga timbul ketika ZulDean melancung ke Mesir pada tahun 2005. Ketika masuk ke Terminal Lapangan Terbang Cairo, Mesir, zulDean adalah diantara lima orang yang ditahan secara rambang untuk pemeriksaan keselamatan. Rupa-rupanya, orang Arab yang bertugas di situ juga tidak tahu berbahasa Inggeris. Passport ZulDean diambil oleh mereka. Mereka kemudianya mengarahkan ZulDean masuk ke dalam sebuah bilik. Ketika di "tahan" pelbagai perkara berlegar-legar di fikiran beliau. Setelah hampir satu jam, barulah seorang pegawai berbangsa Arab "membebaskan" ZulDean. Pegawai tersebut tidak menjelaskan apa-apa kepada ZulDean. Pegawai tersebut cuma mengatakan "no problem!".

ZulDean juga menceritakan, ketiak di dalam pesawat. Ada juga  "Mat Salleh" yang mahu berbual dengan beliau. Oleh sebab kekangan bahasa, ZulDean hanya dapat menjawab sepatah dua kata, kemudian diam. Keadaan ini membuat ZulDean sentiasa gelisah, risau jik "Mat Salleh" yang duduk disebelahnya mahu berbual atau bertanya sesuatu.

"Saya akui, masalah tidak tahu berbahasa Inggeris ini banyak menimbulkan masalah ketika saya melancung. Hendak mengisi borang yang dalam bahasa Inggeris pun sudah membuat saya cemas. Takut tersalah tulis, lain pula jadinya nanti. Silap-silap, boleh masuk penjara . Kalau di negara sendiri tidak apa. Ini kita di tempat orang," ujar ZulDean tentang masalah beliau tidak fasih berbahasa Inggeris. 

ZulDean mengakui bahawa dia berasa rugi kerana tida fasih berbahasa Inggeris, lebih-lebih lagi apabila pemandu pelancung menerangkan tempat-tempat menarik yang dilawati oleh mereka dalam bahasa Inggeris. sedangkan ZulDean membayar khidmat pemandu pelancung tersebut. Oleh hal demikian ZulDean hanya dapat pengalaman dan pengatahuan melalui perkara yang dilihat. ZulDean menyimpat hasrat untuk melawat Tujuh Keajaiban Dunia. Sehingga kini, dia telah melawat Piramid di Mesir dan Tembok Besar China, di China.

Ahad, 21 September 2008

Kad Raya Istemewa

Kad raya Dato Sri Anwar bahagian depan


Kad raya Dato Sri Anwar bahagian dalam

Kad jemputan majlis rumah terbuka Dato Sri Anwar

Semalam, aku menerima sekeping kad raya yang paling istemewa. Aku menerima kad raya dari salah seorang 10 orang yang berpengaruh di dunia iaitu Dato Sri Anwar Ibrahim. Dato Sri yang dulunya merupakan Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan kini merupakan Ketua Pembangkang di negara kita sekarang.

Sebenarnya aku pernah menghantar kad hari raya kepada beliau pada empat tahun lepas. Selepas itu, setiap tahun beliau menghantar kad raya kepada aku.

Terima kasih Dato Sri Anwar, insyaAllah aku akan hadir di majlis rumah terbuka aidifitri beliau nanti...

Khamis, 18 September 2008

Personaliti Pilihan


Aku terpilih sebagai personaliti pilihan majalah syarikat untuk bulan Jan - Mac 2006


1. Apakah yang menjadi pencetus mengubah kerjaya sebagai Pereka Grafik setelah lima tahun berkhidmat di bidang keselamatan?

Pada asalnya, melukis adalah hobi yang paling saya minati. Bagi saya, kerjaya sebagai Pengawal Keselamatan  di DBP pada waktu itu hanyalah sementara sahaja memandangkan pada waktu tersebut agak sukar untuk mendapatkan pekerjaan.

Kebetulan pada 1995 ada kekosongan jawatan di Bahagian Reka Benuk DBP. Di atas galakan rakan-rakan, saya telah menghadiri temuduga tersebut dan berjaya dalam ujian melukis. Saya seterusnya diterima sebagai pelukis bagi buku judul am. Rasa gembira memang tidak terkata kerana dengan kerjaya baru ini saya dapat mengembangkan lagi bakat dalam bidang lukisan.

Saya memang minat melukis sejak di bangku sekolah rendah lagi. Saya turut mendapat galakan untuk terus melukis dari keluarga dan rakan-rakan.

2. Pengalaman suka dan duka sepanjang perkhidmatan.

Pengalaman paling menyiksakan ialah apabila komputer yang digunakan untuk membuat buku teks KBSR telah rosak dan fail yang sedang diusahakan hilang dari komputer tersebut walhal tarikh akhir serahan ke Bahagian Buku Teks sudah dekat. Saya sudah tidak tahu hendak buat apa lagi pada waktu itu. Akhirnya dengan bantuan rakan dari Bahagian Teknologi Maklumat, fail tersebut berjaya ditemui  semula empat hari kemudian.

Selain daripada itu, pengalaman berhadapan dengan pihak editor DBP kadang kala meninggalkan kesan yang kurang menyenangkan tetapi itulah diantara asam garam yang perlu ditempuhi sebagai pereka grafik.

Pengalaman yang paling manis pula, dengan kuasa Allah, buku daripada fail yang bermasalah itulah telah membawa kemenangan Anugerah Reka Bentuk Terbaik Buku Teks tahun 2005 baru-baru ini. Tidak tergambar perasaan di hati di waktu itu. Hanya Allah saja yang tahu. Sesungguhnya Allah itu Maha Adil lagi Maha Kaya.

Namun anugerah tersebut bukanlah kemuncak kerjaya saya. InsyaAllah, saya akan terus membaiki kelemahan diri dan terus memberikan sumbangan yang terbaik untuk membantu memajukan syarikat dalam bidang kerja yang berkaitan.

3. Apakah perasaan ketika mendapat berita Bahagian Reka Bentuk akan diswastakan?

Terus terang saya katakan, memang agak takut sedikit pada ketika itu sebab ketiadaan maklumat yang sahih berkenaan dengan penswastaan. Banyak (perkara) yang negatif timbul dalam fikiran terutama yang melibatkan kerjaya. Ramai yang kata, swasta ini senang hendak buang (kerja) orang. Manfaat yang dinikmati selama menjadi kakitangan kerajaan pun belum tentu akan terjamin.

Saya rasa waktu itu, semua orang pun tidak senang duduk. Perasaan berbelah bagi. Kita tidak pasti sama ada penswastaan ini akan menjamin kerjaya dan masa depan kita atau tidak. Pada masa itu, kalau boleh, memang saya rasa tidak mahu pergi ke swasta. Tetapi kita hanya mampu merancang...

4. DBP vs Syarikat - apa perbezaan yang ketara?

Secara peribadi saya katakan, kemahiran saya banyak meningkat apabila kerjaya dengan syarikat. Di syarikatlah saya mula mengenal komputer dan di syarikatlah saya mula diberi kepercayaan untuk terlibat dengan penerbitan buku teks. Sebelum ini, tugas saya hanya melukis dan saya tidakmempunyai pengatahuan mengenai komputer dan perisiannya. Mungkin faktor bilangan komputer agak terhad pada masa itu menyebabkan saya tidak terdedah dengan penggunaannya selama berkhidmat di DBP. Alhamdulilah, berbekalkan dengan semangat ingin tahu dan dengan bantuan rakan-rakan, saya mampu untuk menguasai kemahiran menggunakan komputer walaupun belum sepenuhnya.

Namun, apabila syarikat mengambil alih Bahagian Reka Bentuk, mungkin terdapat keperluan mendesak untuk jawatan Pereka grafik di Unit Buku Teks, saya telah ditukarkan ke unit tersebut walaupun tanpa sebarang pengalaman dan pengatahuan mengenai penerbitan buku teks.

Rakan-rakan yang lain dan penyelia banyak membantu saya dalam hal ini. Saya juga turut melipatgandakan usaha dengan membuat rujukan buku-buku teks yang sedia ada. Di samping itu, bengkel-bengkel yang dihadiri turut membantu saya dalam memahirkan diri dalam teknik penerbitan buku teks ini.

Saya ingin mengambil kesempatan ini merakamkan penghargaan kepada pihak pengurusan syarikat kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk terlibat di dalam penerbitan buku teks walaupun dengan hanya latar belakang pengalaman kerjaya saya sebagai Pengawal Keselamatan dan pelukis buku judul am.

5. Nasihat kepada tenaga muda syarikat

Hargai apa yang ada. Kerjalah bersungguh-sungguh dan dengan penuh minat. Satu lagi, jangan mensia-siakan peluang yang ada.

Lima perkara yang lain tidak tahu mengenai diri:
  1. Memenangi banyak peraduan yang melayakan saya melancung ke beberapa buah negara.
  2. Setiap minggu saya akan keluar untuk menonton wayang.
  3. Setiap hari, saya akan menyertai sebarang peraduan yang diiklankan.
  4. Tempat makan kegemaran adalah di Velodrom, Cheras (lauk ayam kampung)
  5. Saya benci dengan orang yang tikam belakang.

Sabtu, 13 September 2008

Kisah Firaun - Ramsis II


Teket Princes' Tombs

Ramsis adalah Firaun ketiga daripada dinasti ke 19 yang dilahirkan pada 1303 sebelum Masihi dan ditabalkan sebagai raja Mesir purba ketika berusia 24 tahun. beliau digelar Ramsis yang Agong kerana di percayai firaun paling lama hidup dan memerintah.

Ramsis II terkenal sebagai firaun yang membina banyak monumen. Beliau yang mengaku dirinya tuhan mengarahkan rakyat menbina patung dan obelisk bagi mengambarkan kehebatan kuasanya. Ramsis II juga terkenal mempunyai lapan isteri, tidak termasuk dayang sebagai gundik.


Teket masuk ke The Valley of The Kings

Tiga isteri beliau adalah anaknya sendiri, manakala seorang adalah saudara perempuannya. Firaun Ramsis II dikatakan mempunyai 198 anak.

Firaun yang memusuhi Nabi Musa adalah Firaun yang paling banyak membina monumen dan sebahagian besarnya sudah binasa. 


Teket masuk ke Al-Deir Al- Bahari Temple

Al-Quran tidak menyatakan nama Firaun yang hidup sezaman Nabi Musa, namun ada pihak percaya Firaun yang dimaksudkan itu adalah Ramsis II berdasarkan sejarahnya yang mempunyai banyak persamaan dengan kisah Firaun yang disebut dalam Al-Quran.

Ramsis II adalah Firaun yang zalim dan menyeksa Bani Israel di Mesir. Kekuasaannya mengambarkan dia adalah tuhan dan rakyat harus patuh kepada kehendaknya.


Teket masuk ke Edfu Temple

Ramsis II yang tidak mempercayai ajaran dibawa Nabi Musa membina pelbagai munumen tinggi untuk melihat Allah tetapi usaha itu sia-sia. Oleh itu, beliau mengarahkan rakyat membina patungnya seolah-olah dia mengatasi segala kekuasaan termasuk Tuhan Musa.

Firman Allah yang bermaksud: "Dan Firaun pula berkata: Wahai Hamaan. Binalah untuku sebuah bangunan yang tinggi, semoga aku sampai ke jalan yang hendak aku menujunya iaitu ke pintu langit supaya aku dapat melihat Tuhan Musa dan sesungguhnya aku percaya Musa itu seorang pendusta. demikianlah menghiasi oleh syaitan kepada Firaun akan perbuatannya yang buruk itu untuk dipandang baik serta ia dihalangi dari jalan yang benar dan tipu daya Firaun itu tidak membawanya melainkan ke dalam kerugian dan kebinasaan." (Surah al- Mukmin, ayat 36)


Teket masuk ke Kalabsha Temple

Ramsis II mendirikan obelisk atau pasak melebihi 30 batang di setiap pelusuk Mesir dihiasi tulisan memujanya sebagai tuhan. Firaun tidak mahu rakyat lupa kepada kehebatannya, lantas menghantar obelisk ke setiap wilayahnya yang luas.

Dia mahu rakyat setiap masa dan di mana sahaja memujanya walaupun pusat pemerintahanya terletak jauh di Luxor. Dia berpendapat, kuasanya tidak padam selagi monumen ciptaannya tegak di seluruh Mesir.


Teket masuk ke Karnak Temple

Ramsis II menunggu musim banjir bagi menghanyutkan batu granit yang dipahat dengan ukiran dirinya ke seluruh wilayahnya. Berbanding monumen Firaun lain yang sudah musnah, monumen Ramsis II dapat dilihat ke hari ini - dibiarkan Allah untuk menceritakan kekuatan Ramsis II yang menyertai pelbagai peperangan bagi meluaskan kekuasaannya di muka bumi.


Teket masuk ke Luxor Temple

Antara tinggalan Ramsis II yang masyhur ialah monumen Ramesseum terletak di selatan Mesir. Satu lagi monumen kebesaran Ramsis II ditemui di Abu Simbel, terletak 1.200 kilometer di selatan Kaherah.


Teket masuk untuk menyaksi mumia Ramsis II di Muzium  Firaun di Cairo



Ia adalah kemuncak penghormatan Firaun itu kepada tuhan Mesir Kuno. Ramsis II mengangap matahari sebagai tuhan lantas membina monumen menghadap terbitnya fajar sebagai simbol mengagungkan matahari.

Ramsis II meninggal pada 1213 Sebelum Masihi pada usia 90 tahun selepas pemerintahan selama 67 tahun.

Jumaat, 12 September 2008

Kekejaman Firaun


Penulis yang juga peminat seni terpegun dengan lukisan & ukiran Firaun ini

Malam tadi aku menonton dokumentari Ar-Risalah-Kalimullah di TV9. Dokumentari malam tadi mengisahkan kekejaman Ramsis II yang sanggup menyeksa isterinya sehingga mati kerana beriman kepada Allah. Sayang sekali, aku menonton dokumentari ini setelah melawat temple-temple Firaun di Egypt, tetapi tidak mengapalah, sekurang-kurangnya aku dapat mengatahui sejarah Firaun dan temple-temple yang sering diperkatakan itu.

Nefertari adalah seorang daripada isteri Firaun Ramsis II. Bagaimanapun bilangan sebenar pemaisuri Ramsis tidak diketahui tetapi beliau mempunyai lapan isteri rasmi, tidak termasuk dayang istana yang dijadikan gundik.

Lebih mengemparkan Ramsis II turut mengahwini anaknya sendiri iaitu Bentanat, Meritamon dan Nepettaui, juga adik perempuannya Henutmira.


Penulis berada di Al-Deair Al-Bahari Temple

Kematian Nefertari adalah satu kehilangan besar buat Ramsis II. Sebagai penghormatan terakhir, Ramsis membina makam indah memaparkan watak Neffertari berdampingan dengan tuhan Mesir kunu sebagai simbol kemuliaan.

Lukisan yang menghiasi setiap sudut makam pemaisuri kesayangan Ramsis II diiktiraf  'Egyptologist' atau pakar sejarah Mesir kuno sebagai yang terbaik dalam era Firaun. Tidak ada makam di Mesir yang boleh dibandingkan dari segi keindahan dan nilai artistik lukisan di makam itu.

Secara langsung ia mengambarkan betapa tingginya imaginasi dan kemahiran golongan artis dan karyawan ketika era Firaun Ramsis II.


Penulis berada di Al-Deir Al-Bahari temple

Berdasarkan kepercayaan Mesir kuno, Hathor adalah isteri kepada Ra', tuhan matahari. Tujuan Ramsis II mengaitkan Hathor dengan nama isterinya, Nefertari adalah semata-mata untuk meletakkan Nefertari di tempat paling mulia.

Jika Nefertari dan Ramsis II meneruskan tradisi penyembahan tuhan Mesir kuno, seorang daripada isteri Ramsis II dipercayai beriman kepada Allah SWT. Permaisuri yang dimaksudkan adalah Asiah atau Asit.


Penulis berada di Aswan Princes Tombs

Persamaan nama di antara Asit dan Isitnofret, isteri Ramsis II menarik perhatian banyak pihak. Malah, ada yang percaya Isitofret adalah Asit atau Asiah yang beriman kepada ajaran Nabi Musa.

Kisah isteri Firaun yang beriman diceritakan dalam Al-Quran yang bermaksud: "Dan Allah mengemukakan satu misal perbandingan kepada orang mukmin iaitu perihal isteri Firaun, ketika ia berkata : Wahai Tuhanku, binalah untukku sebuah rumah di sisimu di dalam syurgamu dan selamatkanlah daku daripada kaum yang zalim." (Surah at-Tahriim, ayat 11)


Penulis berada di The Valley of The Queens

Kezaliman Ramsis II tiada batasnya sehingga dia sanggup membunuh isterinya sendiri kerana beriman kepada Allah SWT. Beliau akhirnya menyeksa Asiah hingga mati. Meskipun ketika saat ajalnya hampir tiba, bibir Asiah masih mampu mengucap kalimah mengagungkan Ilahi.

Kebencian Ramsis kepada Asiah belum berakhir. Firaun itu mengarahkan nama Asiah dan semua catatan yang merujuk kepada permaisurinya itu dipadamkan dalam lipatan sejarah.


Penulis bersama petugas di Karnak Temple

Perdebatan mengenai Firaun yang memerintah Mesir ketika Nabi Musa. Bagaimanapun, ahli sejarah berpendapat Firaun yang dimaksudkan adalah Ramsis II dan semua ini dijelaskan dalam episod malam tadi, Al-Risaalah - Musa Kalimullah.

Turut dijelaskan dalam program ini, proses pengawetan mayat Firaun dan pembesar Mesir yang dilakukan sejurus selepas kematian mereka mengunakan garam natron dilakukan selama 40 hari sehingga air di dalam badan kering sepenuhnya.

Rempah dan minyak juga digunakan bagi menghilangkan bau. Bahan digunakan bukan sahaja didapati di Mesir, bahkan di bawa daripada Afrika dan Asia.

Melihat kepada kedudukan kedua-dua tangan mumia Ramsis II yang agak pelik, sesetengah sarjana berpendapat, proses mengawet mayat Ramsis II dilakukan selepas bertahun-tahun kematiannya.

Selasa, 9 September 2008

Keajaiban Piramid


Penulis bergambar kenangan di hadapan Piramid

Sepanjang bulan Ramadhan, aku menonton siaran Ar-Risalah di Tv9, jam 1030 malam hingga 1100 malam. Dokumentari tersebut menceritakan zaman Mesir purba di zaman pemerintahan Firaun dan Nabi Musa. Apabila aku menonton rancangan ini, teringat aku semasa melancung ke negara ini iaitu ketika melawat Piramid.

Beberapa tahun lalu, aku mendakap Tembok Besar China dalam suhu yang sejuk. Selepas beberapa tahun kemudian aku berdiri dengan penuh kagum dalam cuaca panas di hadapan salah satu daripada tujuh ajaiban dunia, Piramid di Mesir.

Aku kepingin melihat sendiri rahsia di sebalik reka bentuk binaan agung di dunia itu kerana selama ini hanya membaca buku dan menonton dokumentari di televisyen.

Alhhamdulilah, Allah memakbulkan doa kerana Badan Keluarga DBP telah mengadakan lawatan ke Mesir.

Aku seperti tidak percaya melihat seni bina Piramid itu yang tingginya kira-kira 147 meter itu. Ahli arkeologi percaya binaan itu menggunakan 100.000 hamba abdi dan siap dalam tempoh 30 tahun.

Lebih terpegun, binaan itu menggunakan 2.3 juta batu batan yang beratnya 2.5 tan hingga 16 tan setiap satu.



Petapa besarnya batu Piramid di belakang penulis


"Memang tidak masuk akal," kata aku memikirkan mahluk bagaimana yang mampu mengankat batu seberat ini, apatah lagi ketika itu tiada jutera, arkitek atau pakar kaji bumi.

Jesturu itu tidak hairan ada yang mendakwa Piramid di bina makhluk asing.

Mengikut sejarah, minumen ini dibina atas arahan pemerintah Mesir purba, Firaun Khufu sekitar 2,560 sebelum masihi untuk dijadikan makamnya. Ia menjadi binaan tertinggi di dunia selama  lebih 43 abad.

Saya mencuba mendaki binaan itu tetapi di dalam cuaca panas, badan cepat letih apatah lagi untuk masuk ke dalam Piramid. Kami dinasihatkan tidak berbuat demikian kerana di dalam Piramid oksigen amat terhad.

Aku mengambil peluang menyentuh batu bata yang menghasilkan binaan Piramid  selain merakam gambar bersama ahli rombongan lain kerana ini mungkin peluang sekali seumur hidup.

Sebelum berangkat ke tempat seterusnya, aku terbayang Piramid, binaan agung yang menjadi kebanggaan rakyat Mesir dan dunia. Jika monumen itu dianggap luar biasa dan ajaib, bayangkan kekuasaan Allah, tentu lebih besar dan maha agung.

Selasa, 2 September 2008

Temple Firaun di Luxur dan Aswan, Egypt


Salah satu cruise yang menyusuri Sungai Nil dari Luxor ke Aswan

Walaupun menaiki keretapi, tetapi kami sungguh rasa selesa di sepanjang perjalanan, terutamanya aku hanya keseorangan berada di bilik berhawa dingin yang dilengkapi katil seperti berada di dalam sebuah bilik sebuah hotel. Makanan yang disediakan  mengikut jadual tertentu. Aku hanya tidur sepanjang perjalanan pada malam tersebut. Perjalanan yang jauh memakan masa lebih 15 jam  menuju ke stesen keretapi Luxor. Kami sampai di Luxor pada subuh hari. Dari stesen keretapi, kami di bawa menaiki bas untuk check-in di M/S Splendour Cruise. Cruise ini agak mewah kerana dilengkapi dengan bilik hotel, restoran dan kolam renang. Kami diberi sedikit taklimat oleh Puan Khadijah tentang program lawatan kami. Setelah diberi kunci bilik, akupun berehat di dalam bilik sambil menyaksikan keindahan pemandangan Sungai Nil.



Penulis berada di The Valley of The Kings


Penulis berada di hadapan Tample Al-Deir Al-Bahari

Sebelah malamnya sempat kami menyaksikan tarian gelek di dalam cruise tersebut. Memang satu pengalaman tidak boleh dilupakan apabila penari minah arab, menari di hadapan aku dan secara tiba-tiba sahaja dia mengoyangkan buah dadanya betul-betul di depan mata aku. Malangnya aku tidak sempat mengambil gambar kerana tergamam he...he... 


Penulis berada di pintu masuk Karnak Temple


Penulis berda di hadapan Edfu Temple

Selama tiga hari dua malam kami berada di cruise untuk perjalanan dari Luxor ke Aswan, ada beberapa tempat temple yang kami kunjungi, iaitu Temple Edfo dan Kom Ombo. Sebelum menuju kedua temple itu, kami harus melewati dulu suatu bendungan di Sungai Nil tersebut yang terletak di Kota Isna. Tidak jauh dari Kota Luxor dan Aswan. Di sini ada suatu pengalaman baru untuk kami semua, kali pertama kami semua naik kapal, dimana kapal tersebut harus dinaikkan. ternyata arus dari aliran Sungai Nil, yang tepatnya berada di Kota Isna tersebut cukup curam, sementara kapal yang datang dari Luxor, berada di bawah kerendahan air di sekitar 10 meter, dari air sungai yang sebelumnya datang dari Aswan.


Penulis dipaksa menari bersama pemandu pelancung arab di dalam cruise


Penulis berada di dalam bilik hotel cruise sebelum menyaksikan tarian gelek

Untuk pengatahuan anda semua, Luxor dan Aswan banyak terdapat tempat-tempat peribadatan Firaun zaman dahulu kala. Gambar-gambar yang dilampirkan adalah salah satu daripadanya. Kalau dilihat, itu hanya sedikit. Masih ada banyak lagi di sekelilingnya yang masih dalam proses pencarian. Seterusnya kami pergi ke tempat lain yang diberi nama The Valley of The Kings. Tiket untuk masuk ke tempat ini berharga LE 15. Menghairankan kami, tiada apalah sangat tempat ini, hanya ada lukisan berwarna yang terlakar di dinding yang menceritakan kehidupan Ramses dan isterinya suatu ketika dahulu. Satu lagi benda pelik, kami tidak dibenarkan mengambil gambar walaupun sekeping. Hmmmm... boring betul ... dahlah bayar mahal-mahal, lepas tu tidak dibenarkan mengambil gambar pula. Nasib baiklah harga teket sudah termasuk dalam harga pakej kami. Kami di situ hanya seketika, lebih kuran satu jam sahaja. Satu lagi, pekak telinga dibuatnya apabila mendengar pak arab dekat situ memekek  "no foto" "no camera" "no video". Menyampah betul!!. Setibanya di Aswan kami sempat melawat muzium dan membeli belah di sekitar bandar Aswan.



Penulis berada di hadapan Aswan Princes' Tombs


Penulis berda di atas Empangan Aswan

Keesokkan harinya kami ke Empangan Aswan. Menurut pemandu pelancung, empangan ini meninggalkan kesan yang mendalam pada rakyat Egypt. Pendududuk di kawasan rendah terpaksa dipindahkan. ini termasuk monumen-monumen bersejarah pada era kegemilangan Egypt Purba seperti Kuil Abu Simbel. Empangan Aswan yang pertama dibina pada tahun 1899 dan siap dibina pada tahun 1902. tetapi, empangan pertama ini tidak dapat berfungsi dengan baik. Jadi, empangan kedua dibina. Dengan ketinggian 111 meter dan membentuk Tasik Nasser di bahagian rendah yang berukuran 480 kilometer panjang dan 16 kilometer leber, Empangan Aswan sememangnya satu projek yang hebat pada zamannya.


Penulis cuba menolak batu untuk dibuat piramid di kuari Aswan



Penulis sedang menaiki kapal layar di Sungai Nil



Penulis berada di tepi Sungai Nil ketika hendak melawat perkampungan orang asli arab

Sehari di bandar Aswan, kami kembali ke bandar Luxor dengan menaiki bas selama tiga jam. Setibanya di Luxor, kami terus menuju ke airport untuk berangkat pulang ke tanah air. 

Oklah, Kalau diperhatikan, tempat-tempat di sana banyak kesan peninggalan Firaun dan suku sakatnya. Namun kita perlu tengok juga untuk mengatahui tentang akibat mereka yang mendustkan Allah seperti Firaun ini. 

"Bermusafir adalah neraca kepada akhlak" Saidina Ali K.W.H